Benarkah Template ini Mesra Seo?

Benarkah template mesra seo atau sebaliknya? Itu soalan yang tidak mempunyai jawapan. Namun apa kata aku ceritakan kisah template ini di sini. Mungkin boleh merungkai soalan benar atau tidak kah template ini mesra seo.

Idea Template

1. Sebenarnya template ini di ilhamkan dari template lama aku. Dimana tampilan asalnya lebih kurang seperti di template o-om.com (aku download). Bila periksa score seo-nya sangat teruk aku pun ubah suai template secara dalaman dan ringankan pageview dengan compress balik coding. Antaranya faktor yang aku ambil kira dan penat setting adalah heading tag dynamic. Sekaligus aku benamkan meta tag dynamic. Dan luarannya juga lebih kurang seperti di blog o-om.com. Namun tidak menggunakan warna dan backgeound bar yang sama. Jika di bandingkan memang tidak serupa kini.

2. Faktor SEO on page template ni aku ilhamkan dari thesis wordpress yang begitu baik set up seo-nya untuk onpage (Check guna add on SEO doctor : Modzilla). Dari lah heading tag dynamic, meta tag dynamic, loading pageview yang laju dan lain-lain. Sekiranya anda meragui apa yang aku katakan, anda di persilakan check score on page blog ini sekarang dari point-point yang di sediakan oleh add on modzilla (install add on tu free). Dari situ anda boleh bandingkan ketepatan kriteria template ini dengan template lain.

Sepanjang Aku Gunakan Template Ini

1. Aku ada gunakan template ini di blog lain. Dari blog yang jarang update dan baru di bina. Syukur sepanjang 5 minggu menggunakan template ini rezeki aku menang contest seo mencurah-curah. Pada hari kemerdekaan baru-baru ini. Blog dezamancottage ada menganjurkan contest seo, dan dua buah blog aku turut serta. Syukur dua-dua blog aku tu menang contest seo tersebut. Blog forblogger.net menang dengan domain baru berusia seminggu (PR0). Manakala blog cari-nur.blogspot.com menang dengan entry yang sangat ringkas (PR0). Walaupun saingan dikalangan blog pagerank tinggi, syukur mungkin tuah template. Dibawah ini link entry contest seo itu.

forblogger.net - Aku Anak Malaysia Merdeka
cari-nur.blogspot.com - Aku Anak Malaysia Merdeka

2. Selepas rezeki di atas, beberapa minggu kemudian ceritamamat.com pula menganjurkan contest seo lagi. Aku pun turut serta dengan blog lain pulak. Dimana blog itu dah bertahun tidak di update. Boleh di katakan terbengkalai. Syukur dalam contest itu juga rezeki menyebelahi aku bila mana dapat no.1 walaupun entry aku sangat ringkas. Di bawah ini link untuk contest itu.

sms-pukal.blogspot.com - Ceritamamat

Demikian lah rezeki aku dalam SEO dengan template ini. Mungkin nasib menyebelahi template ini dengan SEO. Atau bukan nasib tapi hakikat memang template ini mesra seo? Untuk jawapan, sila check score on page dari single post hingga homepage.

5 comments.. read them below or add one

Umar Faruq Umar Faruq 22 October 2011 at 20:39
haha.. aku percaya semua ni.. aku dah tgk buktinya.. :D
Shah Blogger Profile Test Shah Blogger Profile Test 22 October 2011 at 20:49
@Umar Faruq - hahaha ko dah tahu dan merasainya.
Unknown Unknown 28 February 2012 at 10:26
mcm mana ya kalau sy nak mencuba template ni..
admin admin 19 June 2012 at 05:27
Saya ada soalan tuan..cuba isi nama blog ni dalam google search

http://rahsiabeautiful.blogspot.com/

Bile search kenapa masih dia baca meta content di bawah?

Template mesra seo blogspot? Ya sesuai bagi blog yang mahu template mesra seo untuk blogspot. Simple elegent dan clean.

***Saya dah tukar pada meta content sendiri..kenapa ya?
norhanita norhanita 25 November 2014 at 05:16
Encik ambil upah utk re-design blog dan upkn template mesra seo utk blogspot x