Ujian Template Adakah Mesra Seo

Posted by Shah Danial on Friday, 21 October 2011

Jom kita buat ujikaji template kita (adakah mesra seo) sekarang. Jika anda menggunakan template lain pun, anda masih boleh membuat ujian untuk template tersebut. Apa yang di uji di sini adalah score SEO onpage. Yang sedikit sebanyak di pengaruhi dari setting template yang baik.

Perkara Penting dalam SEO Onpage

1. On Page lebih penting dari Off Page. Di mana on page yang bagus akan memberi ajakan yang lebih berkesan di posisi yang baik di google.
2. Perkara paling penting adalah content (isi kandungan entri) yang relevan.
3. Set up template dan 'senjata' yang ada cuma lah satu kelebihan berbanding pesaing yang tidak memiliki setting template yang baik.
4. Seterusnya bila di lengkapi dengan Off page (backlink), ianya akan bertambah mantap dan kukuh.

Sebelum mulakan uji kaji SEO On Page

1. Gunakan Modzilla Firefox. Sebab banyak add on yang baik untuk blogging dan seo.

Link download : Modzilla Firefox

2. Download Add On "Seo Doctor" sebagai indikator on page (banyak function lain).

Link Download : Seo Doctor

3. Buka browser modzilla anda, aktifkan Add On yang di install tadi kemudian mari mulakan ekspirimen template kita !!

Di bawah adalah contoh paparan bar add on tersebut bila dah aktif

Ujian Template Mesra Seo

Mulakan Ujian SEO On Page dan Template

1. Homepage - Nameblog.com

Pastikan line internet stabil ya. Klik entri url home page blog anda, kemudian tunggu sehingga mendapat full view. Apabila full view dah habis, result pada bar add on tersebut akan keluar, sila check point yang di sediakan.

2. Single Post - Nameblog.com/entry-anda.html

Lakukan perkara yang sama dengan perkara di atas. Cuma kepada single post (Url Entri).

Contoh untuk homepage dan singlepost blog demo template ini

Home page

ujikaji seo onpage

Single post

Ujikaji Seo On Page Single Post

Sekian ujikaji simple dan sekilas pandang dengan add on ini. Apa pun point yang di tekankan oleh add on ini adalah antara yang terpenting. Bagi yang download template ini, sila ikuti toturial masukkan header dari blog ini, agar setting H1 automatik bertukar untuk single post itu berfungsi ke tajuk entri. Dan ringan mana pun template jika di sumbat widget yang merapu tetap menjadi berat juga kan.

Suka juga saya ulangi "Content is King - Backlink Is Queen" dan "All about tecnique", Setting dan senjata template yang bagus hanya satu kelebihan untuk bersaing, bukan keutamaan. Semoga fix.

Benarkah Template ini Mesra Seo?

Posted by Shah Danial on Monday, 17 October 2011

Benarkah template mesra seo atau sebaliknya? Itu soalan yang tidak mempunyai jawapan. Namun apa kata aku ceritakan kisah template ini di sini. Mungkin boleh merungkai soalan benar atau tidak kah template ini mesra seo.

Idea Template

1. Sebenarnya template ini di ilhamkan dari template lama aku. Dimana tampilan asalnya lebih kurang seperti di template o-om.com (aku download). Bila periksa score seo-nya sangat teruk aku pun ubah suai template secara dalaman dan ringankan pageview dengan compress balik coding. Antaranya faktor yang aku ambil kira dan penat setting adalah heading tag dynamic. Sekaligus aku benamkan meta tag dynamic. Dan luarannya juga lebih kurang seperti di blog o-om.com. Namun tidak menggunakan warna dan backgeound bar yang sama. Jika di bandingkan memang tidak serupa kini.

2. Faktor SEO on page template ni aku ilhamkan dari thesis wordpress yang begitu baik set up seo-nya untuk onpage (Check guna add on SEO doctor : Modzilla). Dari lah heading tag dynamic, meta tag dynamic, loading pageview yang laju dan lain-lain. Sekiranya anda meragui apa yang aku katakan, anda di persilakan check score on page blog ini sekarang dari point-point yang di sediakan oleh add on modzilla (install add on tu free). Dari situ anda boleh bandingkan ketepatan kriteria template ini dengan template lain.

Sepanjang Aku Gunakan Template Ini

1. Aku ada gunakan template ini di blog lain. Dari blog yang jarang update dan baru di bina. Syukur sepanjang 5 minggu menggunakan template ini rezeki aku menang contest seo mencurah-curah. Pada hari kemerdekaan baru-baru ini. Blog dezamancottage ada menganjurkan contest seo, dan dua buah blog aku turut serta. Syukur dua-dua blog aku tu menang contest seo tersebut. Blog forblogger.net menang dengan domain baru berusia seminggu (PR0). Manakala blog cari-nur.blogspot.com menang dengan entry yang sangat ringkas (PR0). Walaupun saingan dikalangan blog pagerank tinggi, syukur mungkin tuah template. Dibawah ini link entry contest seo itu.

forblogger.net - Aku Anak Malaysia Merdeka
cari-nur.blogspot.com - Aku Anak Malaysia Merdeka

2. Selepas rezeki di atas, beberapa minggu kemudian ceritamamat.com pula menganjurkan contest seo lagi. Aku pun turut serta dengan blog lain pulak. Dimana blog itu dah bertahun tidak di update. Boleh di katakan terbengkalai. Syukur dalam contest itu juga rezeki menyebelahi aku bila mana dapat no.1 walaupun entry aku sangat ringkas. Di bawah ini link untuk contest itu.

sms-pukal.blogspot.com - Ceritamamat

Demikian lah rezeki aku dalam SEO dengan template ini. Mungkin nasib menyebelahi template ini dengan SEO. Atau bukan nasib tapi hakikat memang template ini mesra seo? Untuk jawapan, sila check score on page dari single post hingga homepage.

Footer Template Mesra Seo

Posted by Shah Danial

Footer untuk template ini agak sexy tampilannya. Rasanya tidak perlu diberi tutorial sangat, sebab ikut suka anda mahu letak apa pada add page element.

Disini beri toturial sederhana bagaiman set up footer ini. Dan jika di lihat gambarah di atas dan footer blog sekarang ini. Label telah di beri ruang khas yang menarik.

1. Paparan footer dari dashboard > Design.

2. Manfaatkan design label cloud.

Nampaknya saya dah berikan tutorial dari awal sampai akhir. Sedikit je, selebihnya hanya cadangan. Sebarang feedback amatlah di hargai. Jangan lupa baca syarat download pada menu di atas.

Ubah Menu Navigasi

Posted by Shah Danial

Sekarang Ubah Menu Navigasi. Seperti asal ada dua menu navigasi yang di linkkan. Hanya perlu ubah sedikit sahaja, terpulan kepada anda nak tambah atau pada.

Ubah Menu Navigasi

Dibawah ini adalah kod untuk Text dan link menu navigasi asal. Anda letak lah text menu yang di ingini dan link yang mahu di tujukan.

Download

Syarat Download

Cari sahaja Keyword Syarat Download di atas kemudian ubah dengan text dan link yang mahu di tujukan. (Mudah buat carian : tekan button Ctrl seretak dengan button F pada keyboard).

Selepas ubah jangan lupa kli preview, jika tiada sebarang kecacatan sila save template.

Mengubah Gambar Header

Posted by Shah Danial on Sunday, 16 October 2011

Cara mengubah gambar header kepada design anda sendiri. Sepertimana header asal adalah dari forblogger.net !! So step seterusnya memasang header anda sendiri.

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Cara Tukar Header

1. Pergi Design > Edit HTML. Kemudian search/cari kod dibawah.
#header {
background: #FFFFFF url(http://i762.photobucket.com/albums/xx265/pu3antasyah/PanduanBelajarTeknikSeoBlogspot.png) no-repeat center top;

width: 898px;
height: 147px;
color: #FFFFFF;
font-size: 0px;
margin: 0px auto;;

padding: 0px 0px 0px 0px;
text-align: center;
Tips :
• Tulisan berwarna biru adalah direct link gambar. Anda boleh ganti dengan direct link gambar anda sendiri.
• Angka berwarna merah adalah lebar gambar header. Sila sesuaikan dengan lebar gambar anda nanti.
• Angka berwarna coklat adalah tinggi gambar. Sila adjust sesuaikan dengan tinggi gambar header anda nanti
• Anda boleh masukkan mana-mana directlink gambar yang terdapat di image.google.com (lebih baik upload dahulu di photobucket). Kemudian boleh adjust lebar dan tinggi header seperti di atas.
• Pastikan lebar gambar header anda tidak melebihi 147px.
• Pastika anda ikuti cara ini menukar header. Jika anda masukkan HTML atau lain-lain cara, heading tag H1 dan H2 automatik tidak akan berfungsi.

Cara Buat Design Header Sendiri

1. Buat Header Sendiri

Jika mahu buat design header sendiri. Boleh klik gambar di atas kemudian save gambar tersebut, dan mula edit designkan header itu sendiri. Saya suggestkan guna software dari photoscape (ini link download : photoscape).

Toturial buat header dengan photoscape : link youtube

Kemudian edit lah gambar tadi dari software photoscape yang telah di download.

Apabila design header sudah siap anda perlu hostkan gambar. Upload lah di photobucket.com untuk dapatkan direct link.

Hubungi Designer Header

Sekiranya anda mahukan bantuan designer header bebayar. Di sini saya berikan contact facebook mereka. Dengan bayaran semurah RM20/+.

Mas Ahmad Safwan : Facebook
Izzudin Fauzi : Facebook
Emila Yosuf : Facebook

Semoga anda berpuas hati dengan hasil seni mereka.

Notes : Sekiranya anda sudah memiliki gambar header sendiri namun tidak tahu cara memasukkan dan sukar untuk adjust header. Sila hubungi saya di link [facebook] ini.

Ubah button twitter pada navbar

Posted by Shah Danial

Mari ubah button twitter pada navbar template yang telah anda download tadi. Pastikan anda memiliki twitter sama ada untuk blog anda atau persendirian. Sekarang ni twitter sangat menyumbang kepada trafik blog. Sekiranya tiada, buat lah akaun twitter dulu ya.

Cara ubah button twitter

1. Dari Design > Pilih EDIT HTML. Cari perkataan "shahblogger". Cara mudah membuat carian, klik button Ctrl serentak dengan button F pada keyboard komputer anda. Akan keluarlah kotak carian. So masukkan perkataan shahblogger. Selepas itu ikuti arahan dibawah :-

Gantikan nama twitter saya seperti dibawah ini kepada nama twitter anda (2 tulisan berwarna coklat tu)

Follow @shahblogger<script src='http://platform.twitter.com/widgets.js' type='text/javascript'/>

Setelah ubah 2 benda itu. Klik PREVIEW dahulu. Sekiranya tiada sebarang masalah dan eror, sila lah save.

Sekian untuk ubah button twitter. Mudah sahaja bukan? seterusnya tengok artikel lain untuk fungsi yang lain untuk template mesra seo ini.

Template Mesra Seo — Download

Posted by Shah Danial

Template mesra seo blogspot? Ya sebenarnya ini template untuk blogspot yang hari tu telah di upgarde lebih mesra seo. Untuk menerangkan segala senjata yang ada nanti dulu, disini aku beri link untuk download sahaja dahulu.

Okay di sini aku berikan link untuk download percuma (Sila klik button di bawah untuk download). Sebelum anda download percuma, pastikan anda baca [terma dan syarat] ini.

Template Mesra Seo - 4shared

Selamat menggunakan sebuah template yang mesra untuk seo untuk blogspot anda. Sila ikuti entri lainnya di sini untuk mengubah apa-apa fungsi yang ada.

Followers

Get Update